Monday, 16 September 2013

Dicekup Kerana Memiliki Kondom Dan Lovebite Di Leher

Dicekup Kerana Memiliki Kondom Dan Lovebite Di Leher [ Ustazah Dicekup ]

Dicekup Kerana Memiliki Kondom Dan Lovebite Di Leher [ Ustazah Dicekup ] | Ustazah Dicekup Kerana Memiliki Kondom Dan Lovebite Di Leher – Aksi dramatis ditonjolkan seorang guru agama wanita ketika cuba memperdayakan anggota penguat kuasa Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) yang melakukan pemeriksaan di rumahnya gagal menyembunyikan aib sendiri apabila kesan gigitan cinta di lehernya menimbulkan curiga.

Dicekup Kerana Memiliki Kondom Dan Lovebite Di Leher [ Ustazah Dicekup ]
 
Biarpun beria-ia mendakwa tinggal bersendirian di rumah berkenaan sejak lima bulan lalu, temberang wanita berusia 27 tidak mampu bertahan lama.

Malah, penemuan dua kondom yang dipercayai baru digunakan dalam rumah berkenaan mengukuhkan lagi rasa curiga pihak berkuasa bahawa terdapatnya orang kedua dalam premis berkenaan.

Wanita yang mulanya berlagak bersahaja itu mula berubah riak wajahnya, menjadi semakin pucat apabila diasak dengan pelbagai soalan berhubung kesan merah di lehernya.

Dia mula mereka pelbagai cerita dengan mengatakan kesan berkenaan akibat digaru kerana gatal manakala kondom yang ditemui adalah milik rakannya yang dikutip sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

Menurut sumber, selepas 20 minit berdolak-dalik, rahsia guru itu terbongkar dengan penemuan teman lelakinya bersembunyi di loteng.

Berdasarkan maklumat orang ramai yang mendakwa perlakuan tidak senonoh guru agama itu dengan pasangannya, satu serbuan dijalankan di rumah teres, Taman Rinting, Masai jam 1 pagi.

Hasilnya, kami menahan pasangan terbabit yang dipercayai berkhalwat dan tidak mempunyai sebarang hubungan suami isteri atau muhrim, katanya.

Menurutnya, berlaku kekecohan apabila teman lelaki guru terbabit mendakwa kononnya sukar untuk turun dari loteng berikutan siling yang tinggi. – Informasi Dot My

Sunday, 15 September 2013

Parlimen PAS yang menang pada pilihan raya umum ke 13.

Senarai calon parlimen PAS yang menang pada pilihan raya umum ke 13.
1) Shah Alam – Datuk Khalid Samad
2) Pokok Sena – Datuk Mahfuz Omar
3) Kota Raja – Dr Mariah Mahmud
4) Tumpat – Datuk Kamaruddin Jaafar
5) Kubang Kerian – Ahmad Baihaqi Atiqullah
6) Pengkalan Chepa – Izani Hussein
7) Marang – Datuk Seri Abdul Hadi Awang
8) Kuala Terengganu – Datuk Raja Kamarul Baharin
9) Dungun – Wan Hassan Wan Ramli
10) Kuala Nerus – Mohd Khairuddin Aman Razali
11) Pasir Puteh – Nik Mazian Nik Mohamed
12)Pasir Mas – Nik Mohd Abduh Nik Abdul Aziz
13) Parit Buntar – Dr Mujahid Yusof Rawa
14) Bukit Gantang – Idris Ahmad
15) Hulu Langat – Dr Rosli Che Mat
16) Temerloh – Nasrudin Hassan
17) Kuala Krai – Dr Mohd Hatta Ramli
18) Rantau Panjang – Siti Zailah Mohd Yusoff
19) Kota Bharu – Datuk Takiyuddin Hassan
20) Sepang – Hanipa Maidin
21) Sungai Besar – Mohd Salleh Husin
22) Bachok – Ahmad Marzuki Shaari


BN kekal di Perak KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) kekal memerintah Perak apabila mendapat majoriti mudah pada Pilihan Raya Umum ke-13.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), BN memenangi 30 daripada 59 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) setakat 1.08 pagi ini. - Bernama

Tak rasmi
KELANTAN SETAKAT INI PAS KEKAL DI KELANTAN -

DUN -- 33:12
PARLIMEN -- 9:5

PAS
1. Tumpat
2. Pengkalan Chepa
3. Kubang Kerian
4. Rantau Panjang
5. Bachok
6. Pasir Putih
7. Kuala Krai
8. Pasir Mas
9. Kota Bharu

BN
1. Gua Musang
2. Jeli
3. Machang
4. Ketereh
5. Tanah Merah

9 PAS VS BN 5
DUN PAS KUASAI KELANTAN.
1. Kelaboran
2. Pasir Pekan
3. Wakaf Bharu
4. Kijang
5. Chempaka
6. Panchor
7. Tanjong Mas
8. Kota Lama
9. Bunut Payong
10. Tendong
11. Pengkalan Pasir
12. Chetok
13. Meranti
14. Gual Periok
15. Bukit Tuku
16. Salor
17.Pasir Tumboh
18. Demit
19. Tawang
20. Perupok
21. Jelawat
22. Melor
23.. Kadok
24. Bukit Panau
25. Kemahang
26. Limbongan
27. Gaal
28. Pulai Chondong
29. Temangan
30. Kemuning
31. Mengkebang
32. Guchil
33. Manik Urai

DUN BN KUASAI
1. Nenggiri
2. Paloh
3. Galas
4. Air Lanas
5. Kuala Balah
6. Bukit Bunga
7. Selising
8. Semerak
9. Gual Ipoh
10. Dabong
11. Kok Lanas
12. Pengkalan kubor

Tuesday, 10 September 2013

Misuari isytihar Sabah Sarawak sebahagian ‘Republik Bangsa Moro’

Pengerusi dan pengasas Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (Moro National Liberation Front – MNLF), Nur Misuari, telah mengisytiharkan Sarawak dan Sabah sebagai sebahagian daripada Republik Bangsa Moro (BMR), menurut laporan akhbar The Philippne Star, kelmarin.
Sehubungan itu, jurucakap MNLF Emmanuel Fontanilla berkata, pihaknya sedia mengerahkan kira-kira 4,000 pejuang Tausug yang dilatih di luar negara, yang kini berada di Sabah dan Sarawak, Malaysia, kata jurucakap kumpulan itu, Emmanuel Fontanilla, kepada akhbar The Philippine Star, kelmarin.
[Gambar atas - Gambar tidak bertarikh Misuari bercakap dengan dengan anggota bersenjata MNLF sebagaimana dipaparkan dalam akhbar The Philippine Star]
Fontanilla berkata pengerahan para pejuangnya itu bertujuan melindungi puak Tausug, yang didakwanya telah menjadi sasaran tindakan keras pihak berkuasa Malaysia, baru-baru ini.
Menurut akhbar harian Filipina itu, Fontanilla berkata para pejuang MNLF itu adalah tambahan kepada Tentera Kesultanan Sulu yang dipimpin oleh Agbimuddin Kiram, saudara lelaki kepada Sultan Jamalul Kiram III, yang mendakwa dirinya sebagai Sultan Sulu, yang pernah memimpin pertempuran bersenjata di Sabah untuk menuntut semula tanah nenek moyangnya.
Bagaimanapun, Fontanilla berkata bahawa para pejuang MNLF itu hanya akan bertindak untuk mempertahankan diri daripada sebarang serangan pasukan keselamatan Malaysia.
Beliau enggan memberikan butir-butir terperinci bagaimana kumpulan tentera yang digelar sebagai ‘Tentera Bangsa Moro di Malaysia’ itu diaktifkan.
Tetapi, satu sumber mendedahkan bahawa sekurang-kurangnya lima negara sedang menyokongnya dengan pengiriman senjata api yang tiba di wilayah yang dipertikaikan itu.
“Seperti apa yang berlaku pada awal 1970-an pada kemuncak konflik Mindanao, Sabah dan Sarawak akan menjadi pangkalan utama Tentera Bangsa Moro,” kata sumber itu, seperti yang ditukil oleh akhbar Filipina tersebut.
Sumber itu berkata MNLF telah, sejak awal 1970-an, membentuk kem-kem gerila dan latihan di Sabah, dengan persetujuan kerajaan Malaysia ketika itu.
Sumber itu menambah, banyak kiriman senjata api juga dikirimkan kepada MNLF di Mindanao beberapa minggu sebelum Nur Misuari mengisytiharkan pembebasan daerah Talipao, Sulu, bulan lalu.
Fontanilla, bagaimanapun, menafikan pengiriman senjata itu sambil berkata laporan itu adalah sebahagian daripada propaganda negatif terhadap MNLF. – Agensi.

Noraniza Idris Dipenjara..Menangis Teresak-Esak kerana dipenjara 80 hari

Siapa tak kenal Noraniza Idris ratu lagu-lagu berirama etnik itu. JR juga meminati lagu-lagunya kerana bukan senang nak cari seorang penyanyi yang berani mengetengahkan irama tradisional-pop yang masih digemari hingga kini. Penyanyi ini boleh dianggap penyanyi evergreen sebaris dengan Jamal Abdillah, M.Nasir dan lain-lain kerana walau dah berpuluh tahun berkecimpung di bidang seni masih popular hingga sekarang..

Oleh itu terkejut beruk juga JR membaca tajuk berita di UtusanOnline ni. Mana tak terkejut, Noraniza Idris mengikut berita itu menangis terisak-isak selepas dihukum penjara selama 80 tahun hari oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam. Apa salahnya hingga dipenjara??

Baca selanjutnya berita yg dipetik dari UtusanOnline yang mengejutkan dunia seni tanah air, di bawah: 

Noraniza Idris dipenjara 80 hari
Noraniza Idris menutup muka ketika keluar dari Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selangor semalam. - BERNAMA
SHAH ALAM 4 Okt. - Seorang bekas pegawai akaun, Noraniza Idris dihukum penjara 80 hari dan diperintah membayar pampasan RM40,000 kepada bekas majikannya oleh Mahkamah Sesyen di sini hari ini setelah mengaku bersalah melakukan pecah amanah antara Julai dan September tahun lalu.
Noraniza, 25, yang hamil tiga bulan mengaku menyalahgunakan wang RM60,651 milik syarikat perkhidmatan penghantaran logistik, syarikat East West Freight Services Sdn. Bhd. antara 29 Julai dan 7 September tahun lalu di syarikat berkenaan di Pelabuhan Klang.
Tertuduh dilihat menangis teresak-esak apabila Hakim Mat Ghani Abdullah menjelaskan berulang kali tentang hukuman penjara lapan bulan jika dia gagal membayar pampasan tersebut dalam tempoh empat bulan iaitu sehingga 4 Februari tahun depan.

Hahahaha...tersilap orang rupanya!! Noraniza Idris penyanyi lagu berirama etnik tu dah berusia 44 tahun, tapi yang dihukum penjara 80 bulan ni baru saja berusia 25 tahun.

Nama sama tapi jasad lain-lain..

P/s: Siapa pun yang bernama Noraniza Idris itu diharap dia dapat menjalani ujian hidup ini dengan penuh ketabahan dan kesabaran...

Sumber: mycuteshoppe

Saturday, 7 September 2013

Jana Pendapatan Dengan Ameen Program

PENAJA ANDA : 01122032417

  1. Dapatkan Sim Prepaid Clixster - RM12.00 (termasuk kos pos) tersedia kredit RM2.00
  2. Top Up - RM30.00 atau minima RM10.00 - Ameen hanya perlukan RM11.40 & RM30.00 untuk layak dapat Takaful Kemalangan diri RM100,000.00
Dengan Cara Mendaftar :
  • Taip AMEEN  01122032417 & Hantar ke 7766
  • Taip AMEEN  Y & Hantar ke 7766



Friday, 6 September 2013

Kenali Clixster

CLIXSTER MOBILE SDN BHD ialah syarikat telekomunikasi baru beri khidmat Prepaid Mobile (Mengunakan kemudahan DIGI) – Menyediakan satu Simcard yang ada sedia # Plan DATA, # SMS, # PANGGILAN ) -Harga Saranan: RM15.00 & Topup - RM30.00 untuk melayakkan mendapat :- 
  • Takaful Kemalangan diri bernilai RM100,000 untuk Setiap SIM dengan hanya perlu topup bernilai RM30.00.
  • Khairat Kematian benilai RM4,000.00 dengan hanya perlu membayar RM2.50 sebulan
  • Pemberian Bonus bual percuma jika Topup RM10 - 30minit, RM30 - 150 minit, RM50.00 - 300minit
  • Pakej Usahawan : Pakej Mobile - Join RM300.00 diberi Reload RM50.00, Boleh Register Sendiri, Website Jual Reload. dengan komisen 2.5%.  Belian Sim Berharga RM8.00. Paling istimewa jika boleh taja (MOBILE) anda dibayar upah RM50.00 
  • Pengedar Ejen - Join RM1000.00 diberi Reload RM300.00, Boleh Register Sendiri, Website Jual Reload. dengan komisen 4%.  Belian Sim Berharga RM7.00. Paling istimewa jika boleh taja (Ejen) anda dibayar upah RM350.00. 
  • Reseller Pakej Primula : RM1062 mendapat 50 sim, 10kpg RM5, 15kpg RM10, 20kpg RM30.
  • Reseller Pakej Prima RM3189.00, mendapat 80 sim biasa, 25 sim vip, 20kpg RM5, 50kpg RM10, 70kpg RM30. 
  • Reseller Pakej Perdana RM5303.00, mendapat  120 sim biasa, 38VIP, 60kpg RM5, 100kpg RM10, 110kpg RM30. flier sticker free, bunting untuk yg ada show room
    • Reload Card, Reload Card, Boleh Register Sendiri, Website Jual Reload. dengan komisen 6%.  Belian Sim Berharga RM6.50. Paling istimewa jika boleh taja (Ejen) anda dibayar upah RM350.00. 
  • Kredit / Topup di HP boleh buat bayaran bil elektrik, telefon dan sebagainya

  • http://clixster-marang.blogspot.com









Pakej "1" : RM4.90



Pakej "2" : RM27.00



Pakej "3" : RM11.40 


Pakej "4" : RM11.40 + RM27.50